Kalau Ular Tu Tak Keluar Bunyi Mesti Semua Tak Tahu.. Tetapi Nasib ‘ANACONDA SARAWAK’ Yang Dijumpai Kelmarin Sangat Malang…

BUNYI dari dalam lubang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, Bintulu membawa penemuan ular sawa betina gergasi.

Video penangkapan ular sawa berada di akhir artikel

Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia itu, dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui pada 4.45 petang oleh pemburu selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejutnya melihat ular sawa gergasi berkenaan sedang mengawan dengan ular sawa jantan yang lebih kecil darinya.

“Saya berasa amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa yang sedang mengawan, iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya ular sawa jantan bersaiz agak kecil.

“Terkejut dengan fenomena yang agak luar biasa itu, saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluarkan kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya.

Tinsung berkata, ular sawa berkenaan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan belukar itumenggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.

“Ia kemudian dilapah dan daginngnya dibahagikan sama rata buat para penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya.

ULAR SAWA DITANGKAP KETIKA SEDANG MENGAWAN

SUMBER : HMETRO via Gedebakviral

Sikit Lagi Aliff Syukri Nak Kena Hempuk Dengan Alat Muzik Itu. Ini Sebabnya, Dengar Betul Betul

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa menahan malu apabila reaksi spontannya menyanyikan lagu Abang Nak Tegur mengundang rasa kurang senang seorang pemuzik jalanan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff mendekati seorang pemuzik jalanan dan menyanyikan single terbaharunya itu di Portobello Road Market, London.

Rakaman video yang dimuat naik Aliff di Instagram.
“Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu,” katanya.

Sementara itu, Aliff menulis dalam laman tersebut bahawa dia simpati dengan lelaki itu dan sekadar ingin membantu.

“Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London.

“Kau orang rasa apa mat salleh ni cakap kat saya?? Nasib baik kau orang tak dengar,” tulisnya pada Sabtu.

Netizen mempertikaikan tindakan Aliff itu.


Dalam pada itu, video tersebut mendapat reaksi netizen yang berpandangan adalah tidak wajar Aliff mengganggu pemuzik jalanan itu.

“Masuk rumah orang tak bagi salam. Pergi nyanyi situ tiba-tiba, orang tu tengah cari rezeki. Kalau korang tengah buat kerja orang ganggu agak-agak marah tak?

“Orang lalu lalang situ bagi duit kat pemain muzik tu bukan pasal Datuk nyanyi kat situ, orang tu cari rezeki, dah lah suara kelaut bingit telinga dia dengar, memang patut pun dia suruh pergi dari situ,” komen netizen.

Sehingga kini video tersebut telah menerima 300,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna laman Instagram.

VIDEO ALIFF SYUKRI HAMPIR DIHEMPUK SEBAB NYANYI LAGU ‘ ABANG NAK TEGUR ‘

Sumber: MSTAR ONLINE via Gedebakviral