Syed Saddiq Tampil Jelaskan Videonya Bersama Individu Ini Yang Dikatakan Seorang Bapukk

Antara komen di media sosial termasuk wanita bernama ‘Cleopatra’ itu seorang transgenderr yang bekerja dengan Syed Saddiq dan memuat naik gambar lesen memandu kononnya dia seorang lelaki.

Menurutnya, ‘wanita’ itu datang dalam satu kumpulan dan berbincang mengenai e-Sports selama 30 minit, namun yang ditimbulkan ialah isu transgender, pondan dan ia tiada kaitan dengan pertemuan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dikaitkan dengan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan kali ini beliau didakwa melantik seorang setiausaha daripada golongan transgender.

Pada Isnin, tular sebuah video menunjukkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Video berdurasi satu minit itu mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial. Syed Saddiq menjelaskan bahawa dalam dunia politik, gosip dan fitnah berpisah tiada.

Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau menafikan individu yang dimaksudkan merupakan seorang ibu, malah bukan setiausahanya. Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta semua pihak untuk memberi tumpuan kepada isu rakyat yang sebenar.

“Boleh tak kita fokus isu rakyat yang sebenar? Pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup, perumahan mampu milik. Inilah isu anak muda.

“Fokus kepada isu rakyat, bukan politik fitnah dan gosip,” katanya sambil merujuk kepada sebuah portal yang melaporkan dakwaan itu.

“Sampai isu anak muda yang penting ditenggelamkan kerana gosip. Sekejap dengar dia PA saya (padahal tidak). Sekejap dengar dia pondan (padahal seorang ibu). Sekejap dengar dia dapat ‘kontrak’ (padahal tiada),” menurut tulisannya.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai guna perkataan pondan. Saya tak tahu kenapa orang fokus kepada dia dan bukan enam lagi yang datang bersama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Syed Saddiq berkata, dia dimaklumkan individu terbabit mempunyai dua anak kandung, yang menjawab kepada persoalan warganet.

Portal berkenaan turut menyiarkan beberapa gambar ‘wanita’ yang menggunakan nama ‘Cleopatra’ di laman sosial berserta lesen memandu kononnya dia adalah seorang lelaki.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan memberitahu bahawa ‘wanita’ itu bersama dengan satu kumpulan bagi mengadakan perbincangan mengenai e-Sports selama 30 minit, namun yang ditimbulkan ialah isu transgender, pondan dan ia tiada kaitan dengan pertemuan itu.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, dia dimaklumkan individu terbabit mempunyai dua anak kandung dan itu memberikan jawapan kepada isu dibangkitkan netizen.

Semalam, tular satu video berdurasi satu minit menunjukkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya yang mengundang pelbagai reaksi di media sosia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *